MGG3901

 

Keretakan Yang Melebar Dalam UMNO

(MGG Harakah: The Cracks Widen In UMNO)

 

Catatan: Artikel asal tersiar dalam HARAKAH terkini untuk 15-28 Februari.

 

Perhimpunan “Tak Akan Melayu Hilang Di dunia” yang ditaja oleh Badan Bertindak Melayu (BBM) di  PWTC pada 4 Februari yang lalu, akhirnya bertukar rupa menjadi satu majlis untuk mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Inilah pertama kalinya dia dicerca secara menggila di perhimpunan terbuka kerana keangkuhannya bersua muka dengan rakyat jelata. Mereka menuduh beliau sengaja menyelamatkan Tajuddin Ramli dengan membeli 29 persen saham pegangannya pada kadar lebih dua kali ganda daripada harga pasaran terbuka. Begitu juga dengan tindakannya menyelamatkan pemegang konsessi dua syarikat LRT.

 

Perhimpunan itu diberi taraf perjumpaan tidak rasmi, sehinggakan Dr. Mahathir enggan mengiktirafnya. Apatah lagi kerana para penaja majlis iatu adalah insan yang sudah tidak bergigi dalanm kuasa poltik mereka. Senarai para penyokong majlis itu memang panjang pada awalnya. Pihak penaja telah menghubungi sesiapa sahaja yang dikira mempunyai keyakinan bahawa si tua itu sudah kehilangan mandatnya. Namun, para penjilat Perdana Menteri cepat-cebat menyorokkan diri ataupun sengaja cabut lari. Sikap mereka tidak melemahkan puak yang masih bertenaga untuk berhimpun secara terbuka, termasuklah ahli kabinetnya sendiri. Dua timbalan menteri, Datuk Sulaiman Mohamad (kesihatan) dan Datuk Mohama Khalid Yunus (penerangan) telah menggunakan kata-kata keras dalam mengkritik Perdana Menteri dalam ucapan mereka. 

 

Rencana asalnya ialah menghimpunkan manusia di Padang  Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, tetapi polis enggan mengeluarkan permit untuk perhimpunan di situ. PWTC dipilih sebagai penggantinya untuk membolehkan polis mengeluarkan permit mereka. Penganjur tidak pernah berhasrat mengumpulkan ahli-ahli  yang tidak puashati terhadap UMNO. Kalau diaadakan himpunan itu di Sulaiman Club, anggaran kedatangan dijangka sekitar 10,000 orang. Tidak ramai yang setuju dengan taksiran itu tetapi di PWTC, kedatangan mencecah 3,000 orang. Ramai yang datang kerana berminat mendengar kutukan terhadap Mahathir kerana segala belit-belitan dan songlapannya. Tidak ramai orang luar parti yang hadir. Itulah gambaran betapa satu bahagian besar ahli parti sudah muak dan mual dengan Mahathir dan UMNO. 

 

Kalaulah ucapan yang dituturkan itu diluahkan oleh ahli parti pembangkang, sudah pasti para pemidatonya dikenakan tindakan hasutan dan didera lebih teruk lagi. Orang Melayu mesti diberikan hak mereka, si pemidato itu berkata, dan orang lain harus dinafikan hak itu. Tidak ada banyak bezanya di antara tuntutan Kumpulan Suqui dengan apa yang dicanangkan oleh BBM itu, sebagai penyambung hasrat  masyarakat yang mereka wakili. Hanya Tun Ghaffar Baba yang mengambil jalan  menyimpang daripada pendekatan  yang ramai apabila dia menyarankan agar perpaduan di kalangan rakyat Malaysia di utamakan; dan seperti yang pernah dicadangakn oleh Suqui agar perbezaan di antara Bumiputra dan bukan Bumiputra itu dihapuskan. Tetapi, itu saja suara yang penuh kewajaran. Yang lain bersuara lantang tanpa sesalan.

 

Yang diura-urakan agar ditubuhkan satu badan bertindak untuk melindungi dan menyelesaikan masalah Melayu adalah tidak begitu serius bahananya jika dibandingkan dengan apa yang telah mereka lakukan ketika itu. Majlis itu telah mencabar  secara terbuka kesahihan kuasa yang ada pada Dr. Mahathir kini. Adalah satu amalan budaya Melayu feudal yang  tidak mencabar ataupun mengkritik pemimpin unggulnya secara terbuka. Tetapi, ia akan berlaku juga apabila apabila sesaroang pemimpin itu sudah tidak lagi disenangi oleh masyaraktnya. Kini rakyat menantikan reaksi Mahathir terhadap dua orang timbalan menterinya yang telah menunjukkan sikap derhaka. Kalau dia tidak bertindak banyak lagi perbuatan ‘kurang ajar’ yang akan dihadapinya. Seandainya dia menyingkirkan mereka daripada jawatan yang ada, dia terpaksa menahan tekanan yang lebih kuat lagi untuk melepaskan jawatannya.

 

 

Masalah perpaduan Melayu tidak pun diselesaikan. BBM telah muncul sebagai satu kumpulan pendesak  untuk menekan pemimpn UMNO mendengar desakan mereka dan menyulitkan lagi usaha Mahathir untuk terus berkuasa. Bagaimanakah tindakan ini dapat menjamin oang Melayu tak akan hilang di dunia, adalah sesuatu yang tidak dapat saya fahami lagi.   Tetapi, ada satu perkara yang semakin jelas kini: kalau lebih banyak perhimpunan begini direncanakan, lebih ramai lagi rakyat marhaen yang akan datang,  laksana perhimpunan pihak pembangkang. Kaedahnya mungkin berbeza tetapi pendekatannya mungkin sama sahaja: bagaimana mahu mengyingkirkan seorang perdana menteri tua. Walaubagaimana pun, Dr.Mahathir tidak pula menampakkan bahawa dia terkejut dengan apa yang telah berlaku.

 

-MGG Pillai-

8 Februari,2001.

Terjemahan MT